Monday, September 7, 2009

terima kasih atas penghargaan

Sebentar tadi abg boo ada baca dalam blogspot seseorang yang amat mengambil berat soal peningkatan sahsiah bagi golongan belia.beliau yg abg boo maksudkan En Ahmad Ikmal iaitu pegawai khas MITI yg juga merupakan Naib Ketua UMNO Jerai...
Bukan tentang pujian yg diberikan kepada Rakan Muda,tetapi kerjasama yg diberikan bagi pembangunan rakan muda khususnya sukarelawan rakan muda jerai..
Kita telah menjemput beliau bagi merasmikan majlis penutup program sukarelawan rakan muda cinta alam yg kita laksanakan di titi hayun,puteri mandi dan tangga kenari selama 4 hari 3 malam...


ini adalah komen beliau dalam blogspot beliau http://aikmal.blogspot.com/


Baru-baru ini saya telah dijemput oleh pihak Rakan Muda, Belia Daerah untuk merasmitutup satu program di Tangga Kenari, Titi Hayun Yan. Program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam dan dihadiri oleh lebih kurang 50 orang termasuk fasilitator.
Program ini dijalankan dengan satu tema - Membersih Alam Sekitar. Di antara aktiviti yang telah dijalankan adalah menaiki tangga kenari sambil mengutip sampah yang telah ditinggalkan oleh para pelawat. Sedih saya melihat beg -beg hitam sampah yang banyak hasil dari penat lelah para peserta. Ini menunjukkan bahawa tempat peranginan kita ini penuh dengan sampah sarap. Dan betul seperti saya jangkakan, para peserta sendiri telah meluahkan rasa kekecewaan mereka dengan sikap pelawat yang membuang sampah merata-rata tempat.
Namun saya seronok dan berbangga dengan para peserta program ini yang rata-rata tingkatan 4,5 dan 6. Program ini telah berjaya menimbulkan rasa kesedaran terhadap alam sekitar dan menimbulkan semangat kesukarelawanan di dalam diri mereka. Semangat sukarelawanan ini amat penting dalam pembentukan jatidiri mereka sendiri, seterusnya dalam pembentukan masyarakat maddani.
Saya berharap Pejabat Belia dan Rakan Muda akan terus menjalankan program-program seperti ini. Dalam sesi bersembang dan dialog saya bersama para peserta dan fasilitator, ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan. Saya akan cuba membantu permohonan-permohonan tersebut termasuklah bersama-sama semua untuk membina masyarakat anak muda yang sihat.
Pihak Rakan Muda Jerai mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada beliau...
(Semarakkan semangat sukarelawan bagi merealisasikan semangat 1 Malaysia)

No comments:

Post a Comment

silalah komen kalau teringin...hahahaha....