Friday, February 19, 2010

Alhamdulillah...kita melangkah lagi ...

assalamualaikum.
alhamdulillah adik-adik..mesyuarat agung kita telah berjalan dengan jayanya..dengan rasa bangga dan penuh rasa kesyukuran dengan ini abg boo ingin mengumumkan nama-nama baru kepimpinan rakan muda jerai yang insyaallah akan membawa rakan muda jerai terus maju untuk kita semua...
pengerusi: hafizi basakkri.
timb pengerusi:hanif basakkri.
naib pengerusi:hazwani
s/u: amira
bendahari: yussuf.

dan ajk lain...
kami senarai kepimpinan yang lama ini amat berharap tampuk kepimpinan yang baru ini dapat membawa rakan muda terus maju dan terunggul di Malaysia..

Thursday, February 18, 2010

bertemu kembali..

assalamualaikum...bertemu lagi kita buat kali pertama untuk tahun ni...walaupun tahun ni kita dh bersama untuk dua bulan tapi kerana abg bekerja dan banyak kerja yang lain maka kurang sikit masa untuk menulis sesuatu dalam blog ini untuk tatapan adik2 diluar sana...
yang pertama sekali abg merasakan amat seronok bila dapat tau ramai rakan2 kelab atau adik yang sudah ada akaun facebook..ok latu..bila dh ramai lg la senang kita nak berhubung dan bertukar-tukar pendapat bukan saja dengan ahli kelab rakan muda jerai tapi juga sesama ahli kelab di tempat2 lain di seluruh malaysia.
sememangnya ini patut menjadi sesuatu yg amat membanggakan bg orang2 lama dalam rakan muda ni...jika diingat kembali sejarah rakan muda zaman abg dulu mmg xdk benda2 yang macam ni...tapi kini teknologi telah membawa dunia hanya di hujung jari kita saja...namun yang penting dan yang perlu adik2 ingat adalah kemudahan teknologi ini haruslah digunakan sebaik mungkin...jangan pulak nak disalahgunakan dengan tujuan yang lain...nak tengok gambar2 lucah ke..nak sebar fitnah ke...JANGAN...x baik tau...jadi ingat lah...gunakan kemudahan internet ini sebaik mungkin...
yang kedua abg nak bgtau tentang pusat kegiatan rakan muda jerai dh boleh dimanfaatkan oleh adik2 mulai sekarang...kat sini ada 10 pc yang disediakan untuk kemudahan adik2.kat sini adik2 boleh la berjumpa dgn kakak norazirah...segala masalah berkaitan dengan penggunaan komputer dan internet adik2 boleh terus berhubung dengan kakak ni yg sentiasa ada dalam pusat kegiatan ni dari jam 12 pagi hingga 7 petang...tapi harus diingat,,,JANGAN NGORAT TAU...insyaallah nanti kita akan buat gotong royong membersihkan bahagian luar pusat kegiatan ni bg pelbagai tujuan khasnya bagi kemudahan adik2...jadi lps ni x perlulah lepak atau pergi ke cyber cafe yg lain.sbb kat sini free je...bg adik2 yg nak mengambil peperiksaan besar pada tahun ni mmg cukup bertuah kerana kemudahan di pusat ini dapat adik2 gunakan bg tujuan mengulangkaji pelajaran dan adik2 sendiri boleh bersama kawan untuk mengulangkaji pelajaran disini...mmg di alu-alukan sgt...

yang seterusnya yang abg rasa sesuatu yang amat penting bg perjalanan kelab kita lagi dua tahun...Mesyuarat agung rakan muda jerai akan diadakan pada 20hb feb ni jam 8 pagi bertempat di dewan pejabat belia daerah yan...bg adik2 yang sememangnya ahli kelab rakan muda jerai ..pihak kami amat memohon kerjasama adik2 bg menghadirkan diri pada mesyuarat yang akan dijalankan bg memilih pemimpin adik2 selama 2 tahun..pilihlah pemimpin rakan muda yang adik2 yakin akan mampu membawa rakan muda pada satu tahap yang lebih tinggi dan disegani di mata masyarakat...pilihlah dgn hati yang tenang tanpa ada desakan atau perasaan yang tidak elok...pilihan adik2 adik yuang akan menentukan jatuh bangunnya rakan muda jerai ni..
akhir sekali abg boo amat berharap segala apa pesanan yang abg boo berikan setakat ini dptlah adik2 terima sebaik mungkin...
akhir kata selamat maju jaya dan insyaallah kita akan bertemu lagi dalam penulisan yang akan datang.............

Thursday, November 5, 2009

program rakan muda cinta alam kat tupah...

Assalamualaikum..
woi...ehh woi plak...hai suma!!!
program rakan muda cinta alam telah berjaya dilaksanakan ...tahniah dan syabas bette...kita telah berjaya mengumpul sampah yang banyak...kalau sekilo bleh jual singgit nescaya dengan jumlah yang banyak tu kita leh buat kenduri satey wakakakaka......bleh blanja abg wan mkn satey daging unta...program dirasmikan oleh puan ashkiah suboh tau kita lebih kenal sbg umi....thanks to umi....
ok la...malas arr nak crita panjang...ada pic skit...tgk arr sndr...

geng rakan muda jerai join geng ysb ke langkawi...

tadaaaaaaaaaaa...Assalamualaikum....
hai kawan2...amcm raya deepavali...hahaha...mesti best kan...kali ni nak crita pasal geng kita 3 orang ke langkawi join dengan geng yayasan sultanah bahiyah.
abg boo.zul n fizi..tiga ekor tuntung ni join pi langkawi...syok sgt la...abg boo plak jd cameraman...peeeerrh...saham meningkat lagi laaa....wakakakaka....program selama 4 hari 3 malam...antara aktiviti yg best nak crita kat sini adalah xtvt tanam bakau sepanjang sungai kilim...pastu pi tgk helang makan...pastu lajak plak pi wildpark..pastu pi camping kat lubuk semilang..pastu emmmmm macam2 lagi la...aktiviti bersama jabatan hutan pn ada...jabatan pengairan pn ada..depa belajar cara macamna nak tgk seranggga2 dalam air bagi mengenalpasti air tersebut bersih atau x...huuuuyyo...tu la..org ajak x mau pi...cari la ilmu sementara masih berkesempatan...ok ...kat sini abg boo nak selitkan sikit pic kenangan masa kat sana...adiozza..
abg boo bersama peminat cilik..wakakaka...




awek langkawi yang berjaya dingorat oleh fizi buat sementara waktu je....

mcm apek sayoq..

Saturday, October 17, 2009

terima kasih

pihak Yayasan Sultanah Bahiyyah mengucapkan ribuan penghargaan kepada sukarelawan yang turut sama membantu dalam menjayakan Program Sukan Ekstream YSB di Suka Menanti Alor Setar.Pihak YSB juga turut mengharapkan agar hubungan baik yang sedia terjalin ini akan berkekalan dan mengharapkan pihak Rakan Muda Jerai sentiasa dapat bekerjasama bagi apa jua program yang akan dijalankan oleh kedua-dua pihak...adiozza......

Friday, September 25, 2009

Tautan Kasih Aidilfitri...

Assalamualaikum...terlebih dahulu abg boo nak ucap selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..mungkin abg boo ada salah sampai menyeksa batin sesetengah ahli kelab selama ini..huhuhuhu...jangan nangis..Pada hari raya ke 2 yang lalu kelab rakan muda jerai telah mengadakan program konvoi raya yang diberi nama Konvoi Tautan Kasih...cheeewah cam best je nama konvoi tu...mmg sesuai la..selama ni kita cuma kenal ahli kelab je..tapi family2 ahli kelab kita belom kenal lagi..alhamdulillah mmg mendapat sambutan yang menggalakkan..jumlah yang join konvoi dalam 40 orang..3o buah motosikal pelbagai jenis..hehehe...marshal je yg kurang berjenis skit..tapi apapun tahniah diucapkan pada abg wan yg bertungkus lumus untuk menjayakan progran Tautan Kasih ni..abg boo pn dapat duit raya 2 ringgit..hahaha...mmg muka x malu..tapi dh org bg amik je la...ok kita tgk pic2 semasa program dan harapan abg boo semoga program ni akan dijadikan program tahunan...mugkin lps ni kita konvoi ramai2 skit...biar roboh rumah yg kita kunjung tu...wakakakaka...
berkumpul ramai2..dengar dulu taklimat..
perbincangan abg boo yg ensem,abg wan yg kacak,serta bg fizi yg kiut..
hah...ni la rezeki duit raya yg abg boo dpt dgn ashraf(abg iparku)wakakaka...fizi tu bejalan nak pg salam amik duit raya la tu...huh..










salah satu kenderaan yg digunakan semasa konvoi...



Wednesday, September 16, 2009

tazkirah menjelang syawal...

TAZKIRAH MENJELANG SYAWAL UNTUK RAKAN MUDA JERAI.


Ramadan yang mulia sudah pun berlalu. Umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan menjalani ibadah puasa. Lazimnya di musim perayaan, ziarah-menziarahi adalah amalan yang akan dilakukan bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga dalam masyarakat lain, terutama sekali dalam mengunjugi rumah terbuka. Pun begitu, terdapat juga segelintir daripada kita, terutamanya remaja-remaja tidak suka untuk ziarah-menziarahi. ‘Malaslah’. ‘Dah besar, tak payah lah’. ‘Tengok TV lagi best’. Itulah alasan-alasan remeh dan mudah, namun kesannya amat besar pada pembentukan sahsiah diri dan keluarga jika sering diamalkan. Justeru itu, remaja dan juga ibu bapa tidak seharusnya memandang enteng kepada amalan yang mulia ini.Ziarah dan MahabbahAmalan ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam, apatah lagi di musim Aidilfitri. Aidilfitri membuka ruang kepada kita untuk mengaplikasikan ajaran Islam mengenai konsep berkenal-kenalan (lita’arafu) dan mengeratkan silaturahim. Sekolah Ramadan yang dilalui telah mengajar dan mendidik hati untuk sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.Puasa mendidik hawa nafsu, mengajar untuk sentiasa menginsafi nikmat yang diterima dan juga berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengutip pahala daripada amalan-amalan sunat, sedekah dan lain-lain. Justeru, hari kemenangan menunaikan ibadah ini disambut dalam semangat mengajak manusia kembali pada fitrah dan kembali kepada kebaikan. Jika pada bulan Ramadan manusia berusaha untuk menambah pahala amalan berpuasa, mengapa tidak di hari lebaran semangat itu dipanjangkan dengan amalan ziarah-menziarahi? Amat menyedihkan sekiranya amalan ini tidak diteruskan hanya dengan alasan terlalu sibuk dan tidak sempat untuk mengunjungi saudara mara dan rakan taulan. Bagi remaja, kadangkala mereka lebih suka menonton rancangan-rancangan di televisyen daripada melakukan ziarah. Tambah malang lagi, jika ibu bapa sendiri tidak menggalakkan atau mengajak anak-anak mereka untuk menziarahi sanak-saudara.

Akibatnya, ikatan persaudaraan menjadi longgar dan silaturahim tidak terjalin. Keluarga akan membesar dalam sikap mementingkan diri sendiri dan tidak pedulikan tentang orang lain selagi tidak menyusahkan mereka. Ini antara lain, menggalakkan bibit-bibit perpecahan sesama umat Islam yang pada dasarnya amat menggalakkan amalan jemaah dan bersatu padu.
Mahabbah dan ukhuwah (ikatan persaudaraan) terjalin apabila ziarah dilakukan. Anak-anak mendekati ibu bapa, yang muda ingat pada si tua, kawan sekerja mengenang teman seperjuangan, orang sihat menziarahi yang sakit, yang kaya menziarahi si miskin, dan jiran tetangga kunjung-mengunjungi. Ziarah membawa kegembiraan kepada mereka yang diziarahi, terutamanya orang tua, warga miskin, anak yatim dan yang terpaksa merayakan perayaan di dalam keadaan yang serba kekurangan. Bayangkan jika kita sudah berumur dan tidak berdaya, tinggal keseorangan menyambut hari lebaran, tentunya kita mengharapkan ada orang yang sudi melawat dan bertanyakan khabar. Sekurang-kurangnya menjadi pengubat kesepian. Ziarah Syawal memberi peluang kepada manusia untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim. Perhubungan yang terputus dapat ditaut kembali, saudara mara berkesempatan mengenali satu sama lain dan ikatan yang sedia erat akan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran si penziarah. Anak-anak yang mencari rezeki di kota harus pulang ke desa untuk meneruskan amalan ziarah-menziarahi supaya tidak lupa akan asal-usul masing-masing. Dalam erti kata lain, amalan ini juga memberi ruang untuk manusia supaya menginsafi diri dan tidak hanya bersikap individualistik. Kehidupan setiap insan tidak sama, dan perbezaan taraf kehidupan kadangkala memberi impak kepada persepsi manusia. Namun begitu, persepsi tidak sepatutnya membolehkan orang yang berada melupakan si miskin, yang sihat tidak terkenangkan yang sakit dan apatah lagi yang muda melupakan si tua. Perasaan takbur dan sombong harus dibuang jauh-jauh kerana manusia harus sedar bahawa setiap nikmat yang dimiliki adalah anugerah Allah yang patut disyukuri dan dikongsi bersama.

Ziarah Yang BeradabMenziarahi juga tidak terlepas daripada mengikut nilai adab dan santunnya sendiri. Tujuan berziarah haruslah disertai dengan niat yang baik, iaitu untuk mengeratkan silaturahim dan bertanya khabar. Antara adab-adab lain yang boleh dilaukan oleh kita terutamanya para remaja adalah:“Tidak mengharapkan apa-apa pulangan atau balasan dan sentiasa bermanis muka. Kadangkala tuan rumah yang diziarahi tidak mempunyai apa-apa untuk dihidangkan atau diberi, maka tidak sewajarnya kita bermasam muka atau menyebarkan hal itu kepada orang lain. “Bertanya khabar dan tidak bercakap tentang perkara-perkara yang mencemarkan kesucian menyambut Aidilfitri sehingga tidak menimbulkan rasa tidak senang pada yang dilawati. Bertanya khabar memberi tanda bahawa diri orang itu tidak dilupakan dan ada orang yang mengambil berat tentang dirinya.Kegembiraan ini juga tidak seharusnya dicemarkan dengan perbuatan mengumpat, bercerita tentang hal-hal yang tidak berfaedah dan tidak mengambil kira akan perasaan orang lain. “Si penziarah dan yang diziarahi tidak harus lupa akan asal usul dan membangga diri. Kadangkala nikmat yang dimiliki menjadikan manusia sombong dan takbur serta lupa akan perasaan orang lain yang tidak memilikinya. Sikap menunjuk-nunjuk harus dielakkan supaya keberkatan Syawal tidak dicemari dengan perasaan iri hati dan sombong. “Setiap perbezaan fikiran dan idealisme harus ditangani dengan etika yang baik. Pertelagahan seharusnya dielakkan dengan baik dan berhikmah agar keharmonian Syawal tidak bertukar kepada pertengkaran dan rasa tidak puas hati. Ini juga adalah simbolik kepada lafaz takbir dan tahmid yang membawa asas kepada kemenangan bersatu padu.“Para ibu dan bapa harus mengajak anak-anak mereka untuk berziarah dan menunjukkan tauladan ziarah dengan adab-adab yang baik yang berhemah. Apabila anak-anak dididik dengan adab-adab berziarah yang baik, mereka akan membesar dalam suasana hormat-menghormati, sentiasa berniat baik dan juga tidak bersikap mementingkan diri sendiri. Para remaja juga harus melapangkan dada untuk pergi bersama-sama ibu bapa mereka kerana ini perbuatan ini bukan sahaja menambah kegembiraan kepada ibu bapa mereka dan orang yang diziarahi, tetapi juga mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Kesimpulan Amalan ziarah-menziarahi harus diteruskan biarpun bukan di dalam bulan Syawal kerana ziarah-menziarahi membawa asas perpaduan dan ukhuwah kepada umat Islam. Perpecahan terjadi kerana tidak adanya kesatuan dan persaudaraan. Kesatuan dan persaudaraan terjadi kerana tidak adanya semangat lita’arafu (saling berkenal-kenalan) dan mahabbah. Maka amalan ziarah-menziarahi dapat memecahkan tembok yang menjadi penghalang kepada perpaduan serta memupuk perasaan prihatin pada yang memerlukan. Justeru itu, marilah sama-sama kita meneruskan amalan mulia ini kerana amalan ini pastinya membawa seribu erti kepada kedua-dua pihak ziarah, apatah lagi di dalam bulan kemenangan ini.