Saturday, June 27, 2009

Penyertaan Ekspedisi Gunung Bintang

sesiapa yang ingin menyertai ekspedisi gunung bintang sila daftarkan nama kepada pejabat belia dan sukan dengan membawa bersama buku log anugerah remaja perdana yang telah dikemaskinikam selewat-lewatnya 2 julai..bagi yang masih belum menyiapkan buku log atau masih belum memahami cara penulisan serta format buku log dan mahu bersama menyertai aktiviti ini sila berjumpa dgn En Zaidi secepat mungkin bagi maklumat lanjut mengenai cara dan panduan penulisan buku anda..

Saturday, June 13, 2009

Sukarelawan Rakan Muda Cinta Alam

Assalamualaikum warahmatullah..alhamdulillah.bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia yang dianugerahkan kepada kita maka satu lagi program dapat dilaksanakan pada 8,9,10,11 jun 2009.Program yang dinamakan Sukarelawan Rakan Muda Cinta Alam yang dilaksanakan dengan gaya dan cara yang cukup berkesan oleh mentor-mentor di bawah seliaan abg boo(pengarah program) dan abg ijan(kem komandan) serta rakan-rakan jurulatih berpengalaman dari kolej komuniti jerai serta nasihat oleh aktivis cinta alam seperti abg bidi dan abg annuar yang merupakan sukarelawan pecinta alam yang telah lama berusaha menjadikan gunung jerai sebagai sebuah kawasan rekreasi yang indah dan bersih.Program ini sebenarnya adalah bertujuan untuk membentuk semangat kesukarelaan dan semangat cinta alam terhadap ahli rakan muda jerai serta murid-murid sekolah yang menyertai program ini.setelah melihat akan kesan pencemaran dan sikap pengunjung serta pendaki di titi hayun dan gunung jerai yang rata-rata mengabaikan kebersihan alam sekitar maka pengerusi kelab(abg sharul) dan abg boo serta dibantu rakan-rakan yang lain telah berusaha sedaya upaya agar projek ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin sehingga menjadi antara projek yang berjaya membantu gunung jerai yang menjadi aset terpenting penduduk di daerah yan menjadi indah semula walaupun tidak merangkumi keseluruhan gunung jerai dan hanya melalui laluan pendaki dari titi hayun ke puteri mandi dan tangga kenari ke taman rimba gunung jerai.namun apa yang lebih penting ialah program ini sebenarnya telah dapat membuka minat para peserta untuk lebih mencintai keindahan alam sekitar dan manjadikan mereka lebih lasak serta mampu melaksanakan kerja-kerja pambersihan secara bergotong-royong.aku pn dh tak larat nak bercerita panjang.kat bawah ni antara pic yang telah diambil oleh abg wan(ketua mentor) sepanjang perjalanan program dan bagi anda yang berminat untuk mendapatkan cd program ini silalah berhubung terus dengan abg wan kolej komuniti.

(terima kasih yang tidak terhingga buat en azwari,an zaidi,abg zam MBD serta isteri,ijan,abg bidi,annuar,serta semua mentor serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.






























































Saturday, June 6, 2009

Sayangilah wajah-wajah ini

cuba lihat wajah-wajah ini.......................





siapa yang paling hensem?
sila beri jawapan secepat mungkin untuk mendapatkan hadiah..

eksplorace rakan muda

assalamualaikum.
bertarikh 3 jun 2009.rakan muda jerai telah mengadakan aktiviti yang cukup penat bagi peserta dan penggerak.
aktiviti yang dimaksudkan adalah aktiviti eksplorace yang begitu mencabar para peserta kerana terpaksa menempuh pelbagai halangan dan kerenah dari mereka yang bertanggungjawab menjaga check point dengan segala macam teka teki dan soalan serta terpaksa melakukan pelbagai bentuk denda hanya untuk mendapatkan sampul ke check point yang seterusnya.setiap check point adalah merangkumi setiap gaya hidup rakan muda seperti usahawan,wajadiri,kecergasan,seni budaya dan lain-lain.ini sebenarnya adalah untuk memberikan pengalaman kepada peserta dan mendedahkan mereka terhadap setiap gaya hidup rakan muda..jeng jeng jeng......

ucapan perasmian ringkas dari Pengerusi Majlis Belia Daerah

sebahagian peserta

peserta dilepaskan oleh kak aweng

peserta kena jual ikan

kupas kulit nyok..sikit sabut pn x mau tengok..kasi licin selicin-licinnya.macam kepala bapak mertua aku jugak..