Wednesday, July 15, 2009










Monday, July 13, 2009

XPDC Gunung Bintang

Assalamualaikum...
hai adik-adik...waaaa...rasanya semua dok letih lagi kot baru blk dr gunung bintang...kak boo pn letih tau..tp semangat adik-adik yg buatkan kak boo makin bersemangat.kembali bercerita mengenai pengalaman kita kat gunung bintang.igt x abg sham???mesti igt kan..dia la yg bawak kita tdo kat waterfall tu...mmg sesuai sgt tempat tu untuk bermalam...sbb susah nak jumpa air yang lalu bawah khemah tau.wakkakakaka....nasib baik ada kawan2 yg baik tolong ligan kasut kak boo..klu x kak boo blk x pki kasut la...sepanjang perjalanan kita leh tgk kesan tapak kaki haiwan macam harimau dan mendengar bunyi burung enggang...bukan senang nak dengar tau...kat gunung jerai pn ada burung tu tapi susah la nak jumpa...pastu kat waterfall tu ada taik badak..bukan taik gajah tau...sbb member akak boo(abg bidi dan abg amin) bgtau yg kat situ xde gajah..badak kat kedah pn cuma ada kat gunung bintang dgn gunung apa ntah satu lagi...kak boo pn x igt apa nama gunung tuu..wakakakakaka...pengalaman tdo atas air yang naik 4 inci dlm khemah tu mmg kak boo x kan lupa sampai mampos..impian kak boo kan semoga nanti kita akan buat xpdc ni skali lagi.tapi kali ni sampai trus ke puncak...kak boo nk pg jumpa doktor...nk check lutut kak boo...nak gambar xpdc ni x?????nanti kak boo mintak kat abg ucop.tunggu tau...love u...muuuuah...

Wednesday, July 8, 2009

Lemak manis

Lagu ni adalah lagu yang akan kita nyanyi kat xpdc gunung bintang...layaaaaaaaann...

sopan -santun,anak melayu,
senyum terukir...
senyum terukir ...
bila disapa.
dalam pantun,
kukirim rindu,
rindu mengalir...
rindu mengalir ...
di dalam kata.

chorus:-
(lemak manis...alah amboi-amboi,santan kelapa...alah amboi-amboi,kupandang- lah manis...alah amboi-amboi,anak siapa?...
2x

pohon sena,
pohon meranti,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
buluh perindu.
adik di sana,
abang di sini,
di tengah-tengah ...
di tengah-tengah ...
rindu menderu.
(chorus)
(lemak manis...alah amboi-amboi,santan kelapa...alah amboi-amboi,kupandang- lah manis...alah amboi-amboi,anak siapa?... 2x

hujan di hulu,
tak reda-reda,
ribut lah turun ...
ribut lah turun ...
bertalu- talu.
abang di hulu,
adik di kuala,
kuhanyut rindu ...
kuhanyut rindu ...
dalam perahu.

(lemak manis...alah amboi-amboi,santan kelapa...alah amboi-amboi,kupandang- lah manis...alah amboi-amboi,anak siapa?... 2x

Saturday, June 27, 2009

Penyertaan Ekspedisi Gunung Bintang

sesiapa yang ingin menyertai ekspedisi gunung bintang sila daftarkan nama kepada pejabat belia dan sukan dengan membawa bersama buku log anugerah remaja perdana yang telah dikemaskinikam selewat-lewatnya 2 julai..bagi yang masih belum menyiapkan buku log atau masih belum memahami cara penulisan serta format buku log dan mahu bersama menyertai aktiviti ini sila berjumpa dgn En Zaidi secepat mungkin bagi maklumat lanjut mengenai cara dan panduan penulisan buku anda..

Saturday, June 13, 2009

Sukarelawan Rakan Muda Cinta Alam

Assalamualaikum warahmatullah..alhamdulillah.bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia yang dianugerahkan kepada kita maka satu lagi program dapat dilaksanakan pada 8,9,10,11 jun 2009.Program yang dinamakan Sukarelawan Rakan Muda Cinta Alam yang dilaksanakan dengan gaya dan cara yang cukup berkesan oleh mentor-mentor di bawah seliaan abg boo(pengarah program) dan abg ijan(kem komandan) serta rakan-rakan jurulatih berpengalaman dari kolej komuniti jerai serta nasihat oleh aktivis cinta alam seperti abg bidi dan abg annuar yang merupakan sukarelawan pecinta alam yang telah lama berusaha menjadikan gunung jerai sebagai sebuah kawasan rekreasi yang indah dan bersih.Program ini sebenarnya adalah bertujuan untuk membentuk semangat kesukarelaan dan semangat cinta alam terhadap ahli rakan muda jerai serta murid-murid sekolah yang menyertai program ini.setelah melihat akan kesan pencemaran dan sikap pengunjung serta pendaki di titi hayun dan gunung jerai yang rata-rata mengabaikan kebersihan alam sekitar maka pengerusi kelab(abg sharul) dan abg boo serta dibantu rakan-rakan yang lain telah berusaha sedaya upaya agar projek ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin sehingga menjadi antara projek yang berjaya membantu gunung jerai yang menjadi aset terpenting penduduk di daerah yan menjadi indah semula walaupun tidak merangkumi keseluruhan gunung jerai dan hanya melalui laluan pendaki dari titi hayun ke puteri mandi dan tangga kenari ke taman rimba gunung jerai.namun apa yang lebih penting ialah program ini sebenarnya telah dapat membuka minat para peserta untuk lebih mencintai keindahan alam sekitar dan manjadikan mereka lebih lasak serta mampu melaksanakan kerja-kerja pambersihan secara bergotong-royong.aku pn dh tak larat nak bercerita panjang.kat bawah ni antara pic yang telah diambil oleh abg wan(ketua mentor) sepanjang perjalanan program dan bagi anda yang berminat untuk mendapatkan cd program ini silalah berhubung terus dengan abg wan kolej komuniti.

(terima kasih yang tidak terhingga buat en azwari,an zaidi,abg zam MBD serta isteri,ijan,abg bidi,annuar,serta semua mentor serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.